Shipping Policy

PENTING - Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan. Setelah pembelian dilakukan, pelanggan tidak boleh membatalkan pembelian.

1. Kami menghantar ke Seluruh Dunia ! Bayaran penghantaran bergantung kepada berat barang dan lokasi penghantaran berdasarkan kadar penghantaran yang dikenakan oleh Syarikat Penghantaran. Di samping itu, kos operasi syarikat juga termasuk dalam bayaran penghantaran.

2. Kaedah penghantaran yang digunakan adalah menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran Pos Laju atau J&T Express. Syarikat penghantaran yang lain turut akan digunakan sekiranya ada keperluan.

3. Setelah pembelian dibuat, barang akan diserahkan kepada Syarikat Penghantaran dalam tempoh 1-3 hari. 

4. Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan melainkan pihak kami tidak mempunyai stok yang telah dibeli.

5. Tempoh penghantaran adalah sepertimana yang ditetapkan Syarikat Penghantaran iaitu 1-3 hari bekerja bagi Semenanjung dan 3-5 hari bekerja bagi Sabah Sarawak. Untuk negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand, tempoh penghantaran antara 2-4 hari (EMS). Bagi negara seperti UK dan US, tempoh penghantaran antara 3-6 hari. Walaubagaimanapun, tempoh masa penghantaran mungkin berbeza mengikut keadaan-keadaan tertentu.

6. Setelah pesanan anda telah diproses dan dibungkus, kami akan menghantar e-mel kepada anda yang mengandungi Tracking  Number untuk anda semak status bungkusan anda pada setiap masa. Pastikan anda meletak e-mel anda yang sah semasa membuat pembelian. Sekiranya anda terlupa untuk letak e-mel semasa membuat pembelian, syarikat penghantaran juga akan memberikan notifikasi penghantaran kepada anda secepat mungkin.

7. Sekiranya anda masih tidak menerima barang anda sila hubungi pihak kami untuk membuat semakan. Boleh hubungi kami di butang live chat atau whatsapp ke nombor 011-2615 4551. Anda perlu memberikan maklumat pembelian dan maklumat-maklumat lain sekiranya diminta. Tuntutan pemulangan wang (refund) tidak dibenarkan dan kami akan cuba memastikan produk kami sampai di tangan pelanggan.

8. Sekiranya barang yang dihantar dipulangkan semula kepada kami atas sebab pelanggan mengabaikan panggilan dari pihak Syarikat Penghantaran, kami sama sekali tidak bertanggungjawab atas kos yang terlibat dalam proses penghantaran semula kepada pelanggan. Tuntutan pemulangan wang (refund) juga tidak dibenarkan.

9. Pembelian yang dilakukan di dalam website ini semuanya akan di pos ke alamat pelanggan. Tiada self-collect buat masa ini. Hanya reseller kami sahaja yang boleh membuat self-collect di warehouse kami. Walaubagaimanapun, para pelanggan kami boleh datang ke butik kami Elrah Setapak di Platinum Walk dan Elrah Melaka di Taman Klebang Utama.

10. Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan.

Return Policy

PENTING - Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan. Setelah pembelian dilakukan, pelanggan tidak boleh membatalkan pembelian. Pertukaran size dan warna juga tidak dibernarkan.

1. Pelanggan boleh memulangkan baju yang rosak dengan memaklumkan kepada kami dalam tempoh 3 hari setelah penerimaan baju. Contoh, terima barang hari Isnin, selepas 3 hari iaitu hari Khamis, jika pelanggan membuat aduan kerosakan barang, ianya tidak diterima. 

2. Bagi setiap barang yang rosak, Warehouse akan menggantikannya dengan baju yang baru dan Refund tidak dibenarkan. Pelanggan perlu pos barang itu semula ke Warehouse. Kos pemulangan dan penghantaran semula ke pelanggan semuanya akan ditanggung oleh pihak Warehouse. Namun, barang yang dipulangkan oleh pelanggan ke warehouse mestilah sentiasa berada dalam keadaan sepertimana ia dihantar. Pelanggan perlu memberikan maklumat pembelian dan sebarang maklumat lain yang diminta oleh Warehouse.

3. Pemulangan wang (Refund) dalam kes baju rosak ini hanya dibenarkan sekiranya barang tersebut kehabisan stok di Warehouse. Proses pemulangan wang akan mengambil masa 10-20 hari. Kami galakkan pelanggan menukar produk yang lain bagi memudahkan urusan.

4 .Pertukaran size dan warna tidak dibernarkan.

5. Mungkin terdapat keadaan di mana stok yang hanya berbaki satu sahaja, ianya dibeli oleh pelanggan dan pihak Warehouse mendapati stok itu rosak sebelum ianya  dipos ke pelanggan. Dalam kes seperti ini, pemulangan wang dibenarkan dan proses pemulangan wang akan mengambil masa 10-20 hari. Kami galakkan pelanggan menukar produk yang lain bagi memudahkan urusan.

Kami sentiasa berusaha memberik khidmat terbaik terhadap pelanggan kami. Namun, adakalanya terdapat beberapa masalah yang berlaku. Walaubagaimanapun, kami sentiasa akan memperbaikinya dari masa ke semasa.

Privacy Policy

MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI

ElrahExclusiveMY tidak mengumpul maklumat peribadi daripada anda seperti nama dan alamat anda apabila anda melayari laman web kami. Jika anda memilih untuk memberikan maklumat tersebut kepada kami, ia hanya digunakan untuk memenuhi permintaan anda untuk mendapatkan maklumat atau persetujuan anda untuk menerima sebarang berita/komunikasi daripada kami. Komunikasi sedemikian boleh termasuk pemberitahuan ketibaan produk baharu, promosi, peraduan dan panggilan khidmat pelanggan terhadap pesanan yang telah anda lakukan.

Jika anda membuat pembelian di laman web kami, kami akan mengumpul dan menyimpan nama anda, alamat rumah atau lain-lain, nombor telefon, alamat e-mel dan bil, maklumat pembayaran dan kewangan. Jika anda tidak memberikan maklumat sedemikian, kami tidak akan dapat melengkapkan pembelian anda. Maklumat ini digunakan untuk melengkapkan dan menganalisa pembelian anda daripada laman web ini.

Maklumat ini juga boleh digunakan untuk tujuan dalaman dan maklumat ini mungkin didedahkan kepada kakitangan kami dan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam melengkapkan transaksi anda (contoh Payment Gateway/Kad Kredit) di mana mereka mempunyai dasar privasi mereka sendiri berkenaan dengan maklumat yang kami perlu berikan kepada mereka untuk transaksi berkaitan pembelian anda. Maklumat ini juga turut didedahkan kepada pihak yang membuat penghantaran pesanan anda (Syarikat Penghantaran, cth) atau sebarang analisis terhadap penggunaan anda ke atas laman web kami.

PERUBAHAN TERHADAP DASAR PRIVASI

Kami berhak untuk mengubah suai dasar privasi ini pada bila-bila masa, oleh itu sila buat semakan. Perubahan dan penjelasan akan berkuat kuasa serta-merta selepas ia disiarkan di laman web. Jika kami membuat perubahan penting pada dasar ini, kami akan memberitahu anda di sini bahawa ia telah dikemas kini, supaya anda mengetahui maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya.